Saturday, November 13, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS PSS/MEDIA ZON KUALA PEGANG 2010

PKG Kuala Pegang telah mengadakan lawatan sambil belajar kepada guru PSS dan media ke SMK Alor Setar.  Seramai 46 orang guru PSS dan Media Zon Kuala Pegang menyertai Lawatan tersebut.  Tuan Hj. Rosaidi selaku ketua rombongan dalam ucapannya berharap agar guru-guru PSS menimba ilmu yang diperolihi untuk memperkasakan PSS sekolah masing-masing. Selain itu beliau juga mengucapkan tahniah kepada warga SMK Konven di atas penganugerahan Anugerah Khas KPPM yang di capai pada tahun ini.

KURSUS KSSR PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1 (2011)

PPD BalingSik telah mengadakan kursus Kurikulum Standart Sekolah Rendah (Pendidikan Kesihatan) pada 10 - 11 november 2010 bertempat di SK Batu Lapan Sik.  Semua guru SK/SJK seluruh daerah BalingSik hadir mengikuti kursus tersebut.  Maklumat lanjut boleh didapati dengan klik pada page kurikulum di atas.

Monday, November 8, 2010

Hari Kokurikulum SK Kampong Padang

Berita dan gambar-gambar aktiviti Hari Keluarga dan Kokurikulum SK Kampong Padang telah dimuatkan ke dalam blog aktiviti kelab tahun enam. Tuan/puan boleh melihatnya dengan klik pada aktiviti kelab tahun enam 2011 pada paparan rakan blog di sebelah.

Saturday, November 6, 2010

Sk Kampong Padang


Para pengunjung yang saya hormati, kami amat berterima kasih kerana sudi melayari blog Sk Kampong Padang yang kami terbitkan ini.  Untuk memudahkan para pengunjung kami menyediakan 7 pautan ( Halaman utama HOME , Pentadbiran, Kurikulum, HEM, Kokurikulum, JQAF, PSS dan Makmal ICT ) untuk memudahkan para pengunjung mendapatkan maklumat tentang sekolah kami.  Kami juga sedia menerima sebarang teguran membina untuk penambahbaikan dari masa ke semasa.  Sekian terima kasih.

Selamat datang ke blog SK Kampong Padang

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.  Kami mengalu-alukan anda melayari blog Sk Kampong Padang untuk mendapatkan maklumat sebagai bahan kajian atau rujukan.  Antara bahan yang akan kami paparkan ialah sejarah sekolah, prasarana, maklumat tentang guru dan beberapa artikal mengikut keperluan semasa.  Sekian dahulu untuk paparan kali ini.  Salam hormat dari kami warga SKKP.